Sunday, November 15, 2015

Kos-kos Untuk Membeli Rumah Subsale?

Tahukah anda kos-kos beli rumah subsale?
Antaranya adalah
+ Deposit 10% dari harga rumah
+ Legal Fee SPA (lebih kurang 2-3% dari harga rumah)
+ Legal Fee Loan (lebih kurang 2-3% dari harga rumah)
+ Valuation Fee (kurang 1% dari loan value)
+ Renovation (Jika perlu)

Untuk beli rumah, perlulah sediakan sekurang-kurangnya 10% untuk deposit. Ini terma standard. Tapi, dari mana nak dapatkan deposit itu? 
+ Duit Simpanan
+ EPF
+ Pinjaman ahli keluarga
+ Side income
+ Lagi?


Kenapa ramai yang suka beli hartanah subsale?

Salah satu sebabnya adalah kita boleh negotiate harga!

Itulah part yang paling best sebenarnya.

Dapat minimakan pengeluaran deposit atau pun cash.

Yang penting, kita mesti pandai ‘mengambil hati’ owner rumah.
Persoalan yang patut kita tanya pada diri sendiri sebelum mengambil langkah membeli rumah subsale :

• Bagaimana proses membeli rumah subsale (rumah 'second hand')
• Bagaimana mencari 'listing' yang bagus untuk pelaburan
• Mengapa pentingnya untuk tahu "market value" hartanah tersebut?
• Berapa harga rumah yang anda boleh beli mengikut gaji anda?
• Apa yang perlu anda ambil tahu apabila pergi melawat rumah yang bakal dibeli?
• Apa yang anda perlu tahu dalam Sales & Purchase Agreement?
• Apa yang anda perlu tahu dalam Loan Agreement?
• Bagaimana proses pinjaman anda ?
• Lokasi hotspot

No comments:

Post a Comment