Tuesday, December 15, 2015

Panduan Beli Rumah Guna KWSP

PROSES PENGELUARAN

Prosedur #1 

1. Pembeli dan penjual capai persetujuan dan capai tandatangan surat tawaran. Pembeli membayar wang tandajadi 3.18% kepada ejensi hartanah.


2. Pembeli memohon pinjaman dan mendapatkan khidmat guaman. Boleh diurus perunding hartanah untuk mempercepatkan proses.


3. Setelah pinjaman lulus, perjanjian jual beli ditandatangani.

Pembeli membayar baki deposit 6.82%

4. Pembeli sediakan dokumen yang diperlukan KWSP dengan bantuan guaman.


5. Pembeli membuat permohonan di KWSP dan terima wang setelah permohonan diluluskan.


ATAU


Prosedur #2 : 


1. Pembeli dan penjual capai persetujuan dan capai tandatangan surat tawaran. Pembeli membayar wang tandajadi 3.18% kepada ejensi hartanah.


2. Pembeli memohon pinjaman dan mendapatkan khidmat guaman. Boleh diurus perunding hartanah untuk mempercepatkan proses.


3. Setelah pinjaman lulus, perjanjian jual beli ditandatangani. Pembeli hanya membayar baki deposit 6.82% setelah pengeluaran KWSP dibuat. Pemilik mesti setuju dengan terma ini.


4. Pembeli sediakan dokumen yang diperlukan KWSP dengan bantuan guaman.


5. Pembeli membuat permohonan di KWSP, terima wang setelah permohonan diluluskan dan jelaskan baki deposit kepada pemilik.




SYARAT-SYARAT PENGELUARAN


Syarat 1 :
Rumah yang dibeli jenis rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.

Syarat 2 :

Pembiayaan pinjaman dibuat melalui pinjaman dengan institusi yang dibenarkan atau secara tunai.

Syarat 3 :

Permohonan pengeluaran dibuat dalam tempoh 3 tahun setelah perjanjian jual beli ditandatangani.

Syarat 4 :
Tidak pernah buat pengeluaran untuk pembelian rumah. Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama atau berlaku pelupusan pemilikan.

Syarat 5 :

Untuk belian secara sewa beli, anda layak memohon jika membeli rumah daripada pihak yang dibenarkan KWSP.

Syarat 6 :

Untuk pembelian tanah, anda layak memohon jika membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).



JUMLAH PENGELUARAN


Pembelian Rumah Milik Individu
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah.

Pembelian Bersama Suami/Isteri

Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah.

Pinjaman Perumahan 100%

10% daripada harga rumah

Pembelian Tanpa Pinjaman / Secara Tunai
Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah.



  









No comments:

Post a Comment