Thursday, December 10, 2015

Sublet : Kenalpasti Masalah Tuan Rumah

Cuba letakkan diri sebagai Tuan Rumah.

Apa bisa menjadi masalah kita sebagai Tuan Rumah apabila cuba menyewakan property?
  • Iklan untuk cari penyewa : 
         - apakah platform yang terbaik untuk mengiklankan rumah?
         - online atau offline?
  • Tak pandai tapis penyewa : untuk mengelakkan komplikasi antara Tuan Rumah dan penyewa, Tuan Rumah perlu pandai membaca perwatakan dan menyaring penyewa sebelum menandatangani perjanjian.
  • Tiada masa untuk menguruskan penyewa (menguruskan masa untuk house visit oleh bakal penyewa)
  • Tiada masa untuk uruskan minor damages, menyebabkan penyewa mengambil kesempatan dengan meng-adjust bill.
  • Tiada masa untuk pantau rumah, terutamanya kebersihan dan keharmonian antara penyewa.
  • Tidak menyemak bayaran utiliti.
Dengan adanya kaedah sublet, kita dapat membantu Tuan-tuan rumah untuk mengatasi masalah-masalah mereka seperti yang dinyatakan di atas.


Bayangkan diri kita di tempat Tuan Rumah, apa yang kita mahukan dari penyewa?

  • Rumah terjaga oleh penyewa
  • Bayaran sewa yang cantik dan mengikut masanya setiap bulan.
  • Masa yang tak terbazir.

No comments:

Post a Comment