Monday, January 18, 2016

Lesen Pelancongan

Mereka yang ingin menjalankan perniagaan agensi pelancongan perlulah mempunyai Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan (TOBTAB) dari Kementerian Pelancongan.

Bagi yang mahu memohon lesen baru apa yang perlu dilakukan adalah ;
1. Menubuhkan syarikat Sdn Bhd yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 ,yang ditubuhkan dengan khidmat Setiausaha Syarikat yang sah. Nama syarikat mesti menunjukkan nama yang berkaitan pelancongan seperti Travel, Tours, Holiday , Leisure atau seumpamanya. Dalam object clause Memo & Article of Assoc. mesti menceritakan jenis perniagan berkaitan pelancongan seperti ..to carry travel business, car rental..etc. Paid up capital mengikut ketetapan dalam Garis Panduan yang dikeluarkan MOTAC.

2. Mengisi Borang Permohonan Lesen Baru TOBTAB (Borang 1 (Peraturan 3))Akta Industri Pelancongan 1992

3. Menyiapkan Kertas Kerja yang mengandungi maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh MOTAC seperti dalam Garis Panduan Permohonan.

4. Menyediakan resume pengarah dan kakitangan utama mengandungi salinan Sijil-Sijil Akademik, Surat-surat pengesahan kerja dan dokumen sokongan lain serta salinan ic .

5. Menyediakan deraf pakej-pakej pelancongan yang akan ditawarkan.

6. Menyediakan dokumen-dokumen SSM yang berkaitan yang disahkan oleh pegawai SSM.

7. Seterusnya memuatnaik (upload) permohonan dan dokumen-dokumen ke sistem www.spip.gov.my

8. Hantarkan dokumen fizikal ke pejabat kementerian pelancongan dinegeri anda akan beroperasi beserta wang pos RM 100 atas nama Pesuruhjaya Pelancongan untuk Fi Proses.

9. Anda perlu menunggu tempoh proses seperti ditetapkan MOTAC. Sekiranya permohonan anda lulus , satu surat kelulusan akan dihantar ke alamat Setiausaha Syarikat anda. Dalam surat kelulusan itu anda akan diminta menyiapkan premis pejabat dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kelulusan mengikut spesifikasi yang ditetapkan MOTAC. Anda perlu menghantar gambar luar dan dalam premis, pelan lantai dan juga perjanjian sewa atau jual beli premis tersebut ke MOTAC. Anda juga perlu mendaftar keahlian dengan persatuan agensi pelancongan yang diiktiraf oleh MOTAC seperti MATTA , BUMITRA atau lain-lain. Selain itu anda perlu menghadiri kursus TTMC yang diwajibkan kepada pengarah atau kakitangan pengurusan utama syarikat yang baru dilluluskan. Kursus ini pada ketika ini dianjurkan secara centralized oleh Persatuan institut latihan pelancongan serta dikawal oleh MOTAC. Dokumen-dokumen berkaitan premis tadi, Sijil MATTA dan Sijil TTMC perlu dikemukakan kepada MOTAC dan pegawai MOTAC akan datang melakukan pemeriksaan premis. Setelah pemeriksaan dilakukan barulah MOTAC akan mengeluarkan lesen kepada anda.

10. Pada ketika ini MOTAC biasanya hanya memberi kelulusan untuk lesen inbound dan ticketing sahaja manakala bagi lesen outbound hanya syarikat yang telah setahun dilesenkan sahaja yang diberi pertimbangan untuk Outbound.

11. Bagi mereka yang mahu menjalankan perkhidmatan Kereta Sewa Pandu sendiri/Pandu sendiri untuk Pelancong atau kenderaan pelancongan lain mereka perlu memperoleh lesen inbound terlebih dahulu dan setelah itu baru mereka boleh memohon permit dari SPAD. Sebagai contoh untuk permit Kereta Sewa Pandu Sendiri mereka perlu :

a. Isi borang SPAD A4
b. Dapatkan 3 bulan penyata bank yang mempunyai jumlah baki 30% dari harga kenderaan yang ingin dibeli bagi yang belum beli kereta. (Kalau dah beli kereta mesti kereta bawah nama syarikat sertakan salinan geran kereta)
c. Jika diuruskan penyerahan oleh wakil mesti ada surat lantik wakil dan ic wakil.
d. Surat kebenaran letak kereta dari tuan punya tempat letak kereta.
e. Salinan lesen agensi pelancongan inbound dari MOTAC
f. Wang tunai /wang pos/ deraf bank berjumlah RM 50.

Berkenaan perkara di atas sememangnya mereka yang ingin memohon boleh melakukan semuanya secara sendiri tanpa perlu menggunakan khidmat konsultan. Pihak kementerian juga tidak pernah melantik mana -mana wakil atau agen untuk tujuan permohonan .

Walaubagaimanapun konsultan-konsultan yang menawarkan khidmat sebagai jurugegas ini melakukan tugas-tugas itu berdasarkan pengalaman mereka. Ada antara mereka adalah pemilik syarikat pelancongan yang telah memperoleh lesen, ada juga dari kalangan setiausaha syarikat dan sebagainya. Khidmat ini ditawarkan secara pilihan dan bukan paksaan kepada mereka yang perlukan khidmat konsultan ini atas apa juga alasan tersendiri.

Namun begitu adalah perlu mereka yang mahu menggunakan khidmat konsultan ini untuk menyiasat latarbelakang penyedia khidmat terlebih dahulu seperti lokasi pejabat mereka serta maklumat pengalaman mereka sebelum kita mendapatkan khidmat konsultan bagi mengelakkan kesulitan dikemudian hari. Ini kerana Hak Mutlak untuk memberi kelulusan adalah ditangan MOTAC yang mempunyai prosedur prosedur dan jawatankuasa kelulusan dan konsultan yang menawarkan khidmat juga tidak dapat menjamin kelulusan . Apa yang ditawarkan konsultan adalah sebagai jurugegas bagi mereka yang sentiasa sibuk kejar masa atau lain-lain sebab. Ianya sama seperti khidmat-khidmat lain yang banyak ditawarkan seperti pendaftaran MOF, CIDB dan lain-lain .Bagi yang ragu-ragu lebih elok mereka melakukan sendiri permohonan. 

No comments:

Post a Comment