Wednesday, March 30, 2016

Cara Kurang Deposit Rumah

Selalunya, procedure biasa untuk membeli rumah subsale adalah anda perlu letakkan 10% sebagai deposit. 

Ini yang selalu menjadi masalah orang muda untuk membeli rumah. 

Mereka sering anggap 10% itu sangat besar, akhirnya malas nak menyimpan untuk 10% tersebut.

Duit lawyer belum kira lagi. 

Kalau rumah RM100k, deposit dah RM10,000. 

Tapi, percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh kurangkan jumlah deposit tu. 

Macam mana?

Sekarang banyak owner rumah yang desparate untuk let go rumah mereka. 

Jadi, anda boleh negotiate untuk kurangkan bayaran deposit mula-mula tu. 

Kreatiflah sikit... Antaranya.. 

1. Anda boleh bayar booking 3% dahulu, lagi 7% minta owner tunggu untuk anda keluarkan EPF.

2. Anda boleh negotiate dengan owner untuk bayar deposit itu secara installment bulanan. Buat perjanjian bertulis dengan owner supaya dia lebih yakin dengan deal anda ini. 

3. Anda bayar booking 3% dahulu, kemudian selebihnya owner tunggu loan rumah disburse. Ini jika anda mark-up loan andalah.

No comments:

Post a Comment