Wednesday, April 6, 2016

4 Rules Untuk Berjaya Bisnes

Rule Pertama..

Belajar ilmu yang kita atau beberapa orang saja tahu atau ilmu tacit (tersirat).


Ilmu yang boleh belajar hanya dari pengalaman. Bukan dari buku.

Kalau setakat ada degree/master/PhD yang beribu orang lain pun belajar syllabus yang sama setiap tahun atau kursus MARA yang berjuta orang tahu memang lah tak ada chance langsung nak hidup.

Di mana nak cari ilmu tersirat ni?

Cari lah di kalangan orang yang pernah buat bisnes apa yang kita juga buat.

Jika kita buka kedai roti, kita cari orang yang luas pengalamannya dalam kedai roti.

Ilmu mencari tepung yang berkualiti.
Ilmu buat roti tahan lama.
Ilmu cara buat roti yang untung besar dan margin besar.

Ilmu tersirat cuma kita dapat dari belajar dari pengalaman seseorang.
Jatuh bangun seseorang.


Menghadiri kursus, atau seminar… adalah salah satu cara mendapatkan akses ilmu tersirat ini.

Cuma jangan dapatkan dari 'guru jadian'.


Dapatkan dari guru berpengalaman.



Rule ke-2.. adalah: Komitmen.

Bila ada bencana alam seperti tsunami atau banjir besar cuba tengok hanya MAMAK yang masih bukak kedai.


Mamak ni kalau dia tutup kedai eloklah tanya kat mana nak simpan (kubur) -kena ziarah juga sebab saudara seagama.Kalau setakat banjir paras dada dia goreng mee lagi.

Yang paling akhir tutup kedai Cina dan paling awal bukak semula pun Cina dalam senario bencana alam yang besar.

Kedai kena bukak 7 hari seminggu dan sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

Kedai online pun sama.
Trafik tak boleh henti. Tak boleh stop ads. Stop ads sebab nak susun strategi takpa. Stop ads sebab 'malas' ini dah berat.

Masuk bisnes ni sebab benar-benar nak berjaya dan nak kaya.
Dan faham, nak kaya itu sebab apa.

Kemudian bagi komitmen 100%. Jangan pandang belakang. Jalan terus. Siap sedia saja dengan ujian dan cabaran yang akan datang. Rempuh. Tanpa komitmen, ujian kecil datang, kita rapuh.
 



Rule ke-3: Berhenti merungut!

Adat berniaga bunuh membunuh. Bila CSL dah mula nampak potensi Nokia dan Samsung turunkan harga entry level sampai RM60/70.


Bila Citibank mula masuk pasaran credit card Malaysia rule Bank Negara kena bagi yang gaji minimum RM1500/bulan. Dia bagi yang gaji seribu saja asalkan boleh reka sebab total tahunan RM18k. Mati bisnes kad kredit kebanyakkan bank Malaysia termasuk pioneer Bank Bumiputra.

Berapa banyak kali kita baca dalam paper taukeh Cina mati ditembak? Bagi yang berniaga berapa banyak kawan kita kena tembak? Baik Melayu atau Cina?

Ini bukan soal Melayu atau Cina atau bangsa apapun ini 'rule of the game'.

Ini korang asyik melalak kesana kemari Melayu dengki khianat sesama sendiri apahal?

Bab niaga tak ada kaitan dengan agama atau bangsa. Semua hidup dalam rule yang sama. Dekad 80'an Aminah Hassan memang satu brand yang sangat besar. Kalau dibiarkan mungkin akan jadi world brand.

Memang dah nampak sangat ketika itu dan perlu ada kesatuan (tentunya bukan melayu) untuk membunuhnya sebelum dia melingkupkan orang lain.. Sebab itu kita guna kicap cap unta hari ini.

Askar masuk perang dia tak pernah tanya musuh apsal tembak-tembak ni? dengki ah?

 

Rule No 4 dalam bisnes adalah KERAHSIAAN.

Kita selalu kata orang Cina kaya sebab berniaga dadah-kedai tak laku tapi kaya raya. Mamak pulak kaya sebab masukkan ganja dalam nasi…


Fitnah dilemparkan kerana terlalu kecewa nak lawan tak termampu kerana tersemat dalam hati mereka dan anak isteri mereka bahawa segalanya mengenai perniagaan adalah RAHSIA.

KFC dan Coca-Cola menyimpan rahsia mereka dalam ribuan pekerja silih berganti. Ini termasuk dalam pengurusan rahsia. Mamak jangan haraplah nak belajar pasal nasi kandar sampai kiamat. Segala asal-usul keturunan akan diperiksa.


Credit: Sifu Faisal Abdullah

No comments:

Post a Comment