Tuesday, April 19, 2016

5 Places To Visit : Northern Ireland

Northern Ireland, termasuk di bawah United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan terletak di Timur Laut kepulauan Ireland. Belfast adalah ibu negara Northern Ireland.


Geografi Northern Ireland

Northern Ireland mempunyai geografi bergunung-ganang dan aktiviti gunung berapi aktif yang telah menghasilkan Antrim Plateau, iaitu tiang kepada Giant's Causeway di bahagian utara Antrim coast.

Northern Ireland juga memiliki beberapa buah tasik air tawar. Lough Neagh, 151 batu persegi (391 km2) merupakan tasik air tawar terbesar bagi kedua-dua kepulauan Ireland dan Kepulauan British. 

Iklim di Northern Ireland

Suhu purata maksima siang hari di Belfast pada pada bulan Januari adalah 6.5°C dan 17.5°C pada bulan Julai. Agak lembap dan sentiasa hujan pada keseluruhan.

Northern Ireland mempunyai 6 counties yang berbeza-beza : County Antrim, County Armagh, County Down, County Fermanagh, County Londonderry dan county Tyrone.

5 tempat-tempat yang paling menarik untuk di lawati di Northern Ireland adalah:

1. Giant's Causeway, county Antrim

Giant's Causeway telah dinobatkan sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site pada 1986. The Giant Causeway adalah hasil daripada letusan gunung berapi purba dan meliputi lebih kurang 40,000 interlocking basalt columns. Apa yang menarik tentang basalt columns ini ialah hampir kesemuanya berbentuk hexagon.




2. Carrick-a-Rede Rope Bridge, county Antrim

Bagi sesiapa yang gayat, mungkin tidak sesuai untuk melawati tempat ini sebab aktiviti lawatan ini memerlukan anda untuk menyeberang sebuah jambatan daripada main island ke sebuah pulau kecil bernama Carrickarede. Panjang jambatan tersebut adalah 20 meters dan berketinggian 30 meter dari paras laut.



3. Mussenden Temple and Downhill Demesne, county Londonderry


Oleh kerana Mussenden Temple ini terletak di tebing tinggi di Castlerock, county Londonderry membolehkan tourists untuk menikmati pemandangan seluas-luas alam. Ia dibina pada 1785 dan merupakan sebahagian daripada harta pusaka Frederick Augustus Hervey. Di inspirasikan daripada Temple of Vista di Italy.

4. Titanic Museum, Belfast 

Tahukah anda kapal Titanic telah dibina di Belfast?
Museum ini membolehkan anda mengetahui lebih lanjut tentang mereka yang telah membina kapal Titanic ini dan perjalalanan hidup mereka. 



5. Ikuti Tour Games of Thrones filming locations.

Jika anda peminat tegar Games of Thrones, Northern Ireland tourism ada menyediakan pakej-pakej tour untuk melawati tempat-tempat penggambaran Games of Thrones di serata Northern Ireland seperti gambar di bawah. Harga pakej boleh dibeli serendah 35£ mengikut laluan yang anda pilih.








No comments:

Post a Comment