Thursday, April 21, 2016

Referral Marketing

Apakah itu Referral Marketing?

Memang tak dinafikan lagi, referral marketing adalah salah satu cara pemasaran yang terbaik, dan dikenali juga sebagai word-of-mouth marketing.

Sebab, KEPERCAYAAN kita terhadap sesuatu produk atau jenama lazimnya di influence oleh orang terdekat dengan kita.

Bila ibu kita cakap, "oh ibu kalau pegi pasar memang dah selalu beli pencuci pinggan jenama ini...".

Atau pun bila kawan karib mengkhabarkan yang "trend" zaman sekarang semua orang tengah pakai tudung shawl 2 muka Neelofar, apa lagi. Mesti dengan kita-kita sekaligus terpengaruh untuk beli tudung tu kan..?

Kebiasaannya siapa/apakah yang mempengaruhi consumerism dalam hidup kita?

Rakan/Keluarga
Berita ataupun iklan di TV dan poster
Testimoni oleh pelanggan di Social Media (website, FB page, twitter, instagram) jenama tersebut
Influencers Social Media (Bloggers, Artists)

3 Ciri-ciri Sebab Utama Pentingnya Referral Marketing 

1. Sasaran yang lebih precise

Referral marketing membolehkan kita seggregate/mengklasifikan target market kita kepada beberapa jenis dan hanya mensasarkan produk kita kepada jenis target yang tertentu sahaja.

Misalnya, bila kita menggunakan Google Adwords atau pun Facebook Ads, kempen yang efektif adalah apabila pitching sales kita ditargetkan kepada market yang bersesuaian mengikut gender (lelaki/perempuan), umur mereka (25-30, 30-35, 35-40 tahun, etc) dan minat mereka. 

2. Trust Factor

Dengan wujudnya Social Media zaman sekarang, kita lebih mudah percaya dengan kata-kata ambassador sesebuah jenama berbanding pada zaman dahulu.

Kepercayaan kita terletak pada tangan sesiapa yang kita puja, ataupun idola kita.

3. Reach and Acceleration  

Average reach pada zaman dahulu sangat terhad, contohnya salesman yang menjual produk dari pintu ke pintu hanya mampu menghasilkan conversion sale bergantung kepada berapa pintu yang diketuk pada hari itu, ataupun berapa orang customer yang berjaya dipikat hati olehnya pada hari itu.

Dengan Facebook, jumlah orang yang melihat posts kita setiap hari tidak terhad.  
Apatah lagi jika kita mempunyai jumlah FB Page followers yang beribu-ribu, lagi mudah kita untuk mempromosikan produk-produk kita. 


No comments:

Post a Comment