Tuesday, April 5, 2016

Sabang, Acheh dan Pulau Weh Part 1

 

Video di atas ni video yang telah di edit dan dicompile sendiri oleh saya untuk trip ke Acheh dan Pulau Weh pada bulan January 2016 lepas. Trip ni saya pergi berdua saja dengan seorang lagi kawan perempuan.

Apa yang best untuk di explore di Sabang, Acheh dan Weh Island??
Sesungguhnya ada macam-macam untuk di explore..

Kita start dengan Weh Island dulu lah ya

Bagaimana nak sampai ke Weh Island dari Acheh??

Untuk ke Weh Island dan bandar Sabang (bandar Sabang adalah bandar tempat feri dan boat berlabuh di Weh Island), kita kena naik boat express boat yang mengambil masa 45minit atau slow boat yang mengambil masa 90minit dari Jeti Ulee Lheu di Acheh.

Dari Airport Aceh ke Jeti Ulee Lheu pulak ambil masa dalam 20minit dengan menaiki becak atau teksi. List harga boleh refer seperti di bawah : 

Getting To Sabang/Weh Island

Airport (Aceh)-Ulee Lheu Port : Rp 100,000/car Rp 70,000/motor tricycle
Bus Station- Ulee Lheu Port : Rp 60,000/car Rp 30,000 (becak)
Balohan Port (Sabang)-Iboih : Rp 50,000/person

Boat Schedule:
Express Boat (45 min)    Banda Aceh-Sabang : 8 a.m., 9.30 a.m., 4 p.m.
Rp 65,000/one way        Sabang-Banda Aceh : 8 a.m., 2.30 p.m., 4.30 p.m.
Slow Boat (90 min)        Banda Aceh-Sabang : 2 p.m.(mon,tue,thur,fri) 10.30 a.m., 4 p.m. (wed,sat,sun)
Rp 25,000                     Sabang-Banda Aceh :8 a.m, (daily) 1.30 p.m. (wed,sat,sun)

Balohan-Iboih : Rp 50,000
Balohan-Sumur Tiga Beach : Rp 25,000-30,000
Motorcycle Rent: Rp 60,000-100,000

Weh Island sangat terkenal amongst divers sebab batu-batu karang di situ Masya Allah lawanya. But sorry to say, saya sendiri belum berkesempatan nak amik diving licence lagi.
Jadi hanya mampu snorkelling di pesisiran pantai di tepi hostel kami, iaitu Iboih Inn!
Yang tak best nya, semua batu karang di sekeliling kawasan ini sudah hampir kesemuanya dah mati. Mungkin sebab terlalu ramai tourist yang datang. 

 Antara tempat-tempat menarik yang boleh lawati di Weh Island :

1. Kilometer Nol of Indonesia
2. I love Sabang signboard
3. Bunker Jepang
4. Jaboi Geothermal
5. Pria Laot Waterfall  

Sila jemput layan gambar-gambar di bawah.

Di mulakan dari perjalanan naik feri, kami naik slow boat aja dari Aceh ke Weh Island.

  
Sampai2 aja di Weh Island, kami naik becak macam beca kat Melaka tuuu harganya 100 ribu rupiah, ambil masa 1 jam laa juga nak smp Iboih Inn.


Akhirnya sampai jugak di Iboih Inn, masya Allah view nyaaa memang super duper lawa.
Yang bestnya ada observation deck tempat melepak dan makan dan sunbathing di luar tu.

Bilik penginapan kami sendiri memang agak basic, ada katil dengan kipas (yang nyawa-nyawa ikan) dan shower yang disediakan di dalam bilik.

Yang tak best nya, air shower di ambil daripada air laut yang masin. Jadi bila kami mandi rasa tak berapa bersih, sebab mandi air masin jugak.    



Breakfast buffet yang disediakan pada keesokan harinya, sambil makan nasi goreng sambil layan view ni !!!


Kami sampai agak malam dah masa tu, jadi tak sempat nak buat apa kami terus cari dinner di pusat bandar pastu terus krohhhh krohhhh.

Next day baru kami ber-snorkelling.

  
Peralatan snorkelling boleh di sewa dengan Iboih Inn sepanjang penginapan anda.

Setelah puas ber-snorkeling kami ke pusat bandar lagi untuk mengisi perut yang kosong dan berkeroncong. Makan nasi berlauk, tak banyak beza dengan makanan Malaysia. Ada gulai sardin, sayur masak lemak dan tauhu berlado. 




 

Pada sebelah malamnya kami melayan bintang-bintang yang berkelipan.
Memang terang benderang nampak bintang di Sabang ni sebab tak ada light pollution.

  
Hari seterusnya kami sewa becak untuk bawak kami berjalan-jalan sekeliling Pulau Weh half day sebelum naik feri pulang ke Aceh.





Pakcik becak kami, dia bagi harga 200ribu bawa round sabang terus hantar ke pelabuhan
ni no kalau ada sesiapa berminat 006285277537948 pak joel..


Begitulah berakhirnya perjalanan kami di Weh Island.
Nantikan  article yang seterusnya untuk itinerary di Aceh.

No comments:

Post a Comment