Thursday, May 19, 2016

10 Tips Terbaik Apabila Mengelilingi Dunia


1. Senyum dan bertegur sapa. Mulakan dengan "Hello".
Apabila kita travel, apatah lagi di sebuah negara yang berbahasa bukan Inggeris atau Melayu, agak intimidating untuk bertegur sapa dengan orang local tanpa betul-betul mempelajari bahasa mereka. Tapi "Hello" itu sendiri bahasa universal dan sudah mampu untuk ice-break. Senyum selalu dan mereka pasti akan terbuka hati untuk berkongsi tentang kisah hidup dan tradisi local mereka.

2. Observe kehidupan seharian orang local di sana.
Itinerary yang cukup "pack" bukan alasan untuk kita tidak slow down dan memerhatikan kehidupan harian orang local di destinasi travel kita. Sejarah sesuatu negara bukan sahaja di sebalik architecture bangunan-bangunan di sesuatu tempat, malah juga melibatkan makanan tempatan, bahasa local, dan adat istiadat sesuatu tempat.

3. Sediakan duit Emergency pada setiap masa.
Cash is king di merata dunia. Dikala emergency contohnya sekiranya anda kehilangan purse atau wallet akibat di pickpocket atau tercicir, pastikan anda letakkan duit cash yang secukupnya di dalam stokin, kasut atau poket backpack.

4. Back Everything Up
Pastikan anda membuat scan dan simpan softcopy scan semua dokumen-dokumen penting anda seperti passport, IC, travel insurance, visa, surat beranak, lesen memandu dan nombor-nombor kecemasan. Backup fail dan gambar-gambar anda di laptop dan external hard disk anda. Anda juga boleh mengupload fail-fail anda di Google Drive, iCloud dan pelbagai lagi platform cloud storage yang lain.

5. Try Couchsurfing

Couchsurfing.org adalah satu komuniti traveler dimana kita boleh menumpangkan atau bertumpang di spare room atau tidur di atas couch orang local. Kita bukan sahaja dapat menjimatkan duit untuk accommodation, malah host couchsurfing kita juga mungkin akan membawa kita ke tempat-tempat menarik di negara mereka. Tapi pastikan ada membalas jasa dan budi mereka dengan memberikan cenderahati sebelum menumpang di rumah mereka.

6. Makan Local Food
Kebanyakan rakyat Malaysia kurang berani untuk mencuba makanan tempatan di sesuatu destinasi percutian. Mungkin kerana kita terlalu memikirkan tentang halal/haram. Jika memang sudah disahkan sesuatu restoran di iktiraf halal, apa salahnya kita mencuba. Bukan selalu pun.

7. Break Out of Your Comfort Zone
Keluar daripada comfort zone anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang jarang kita lakukan di negara sendiri. Jika anda pemalu, cuba mulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali. Jika anda kurang bersukan, cuba lakukan aktiviti yang lebih physical seperti hiking dan sebagainya.

8. Bangun Pagi
Waktu paling indah adalah di pagi hari, terutamanya sunrise. Jangan lepaskan peluang untuk menghayati sunrise sebelum rakyat jelata yang lain bangun untuk pergi kerja dan sebelum suasana menjadi sibuk.

9. Sabar itu PENTING
Tak semua yang kita rancangkan akan berjalan seperti yang diingini. Adakalanya mungkin kita akan tertinggal bas atau keretapi? ATM tiada berhampiran dan agak jauh? Oleh sebab itu, sabar itu penting ketika bermusafir. Betul orang cakap yang karakter seseorang itu akann menonjol apabila menjadi traveler sebab masa itu kita akan menghadapi pelbagai situasi yang stressful.

10. Keep An Open Mind
Lifestyle di sesebuah negara lain pastinya akan berbeza dengan lifestyle kita di Malaysia. Bukan hak kita untuk judge bagaimana mereka hidup. Malah sepatutnya apa sahaja idea bagus yang boleh kita bawa ke Malaysia dan cuba praktikkan di negara sendiri. Seperti contoh cara orang Jepun menjaga kebersihan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment