Friday, May 6, 2016

4 Girls Trip to Pulau Aur 3D2N 29 April - 1 May 2016 (PIX)

Hari kami dimulakan dengan roadtrip pada hari Khamis petang dari KL.
Kami bertolak dari KL pada pukul 4.30ptg lepas solat asar, amik half day leave tapi disebabkan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan akhirnya gerak lambat juga.
Kami sampai lebih kurang pada pukul 11 malam di Mersing, dan terus ke hotel kami iaitu Hotel Timotel yang telah kami reserve bilik thru Agoda awal-awal lagi.
Please take note kalau yang drive memalam macam kami, CUBA ELAKKAN sebab kalau lalu Felda Nitar ke Mersing, jalannya memang bengkang-bengkok habis macam Bukit Putus jugak. Kalau tak familiar dengan jalan tu, memang akan kena drive slow slow.

The next day kami bangun awal-awal pagi untuk breakfast sebab speedboat kami dari Jeti Mersing ke Pulau Aur dijangka bertolak pada pukul 11 pagi.
Kami gunakan perkhidmatan Riesa Entreprise untuk trip kami ini, hanya RM550 all in untuk 3D2N Snorkeling dan Hiking Pakej melalu agen cik Norrul. 

Bolehlah refer post INI kalau nak ketahui lebih lanjut pasal pakej yang kami pilih tu. 

Kami memang dah beli ubat seasick awal-awal sebab perjalan speedboat dari Jeti Mersing ke Pulau Aur mengambil masa 2 jam setengah. Tanya pharmacist kalau ada jual yang bukan drowsy punya. Kami ambil yg drowsy sebab masa tu pharmacy tu tak ada jual yang non-drowsy.

Memang betul sorang-sorang pengsan atas boat sebab ngantuk yang amat thanks to ubat seasick. Elok-elok ja nak sampai baru kami terbangun.

Jeti pulau aur terletak betul-betul di Kampung Teluk Berhala. Sampai-sampai ja di Pulau Aur terus dapat menikmati air laut yang super duper clear tu. Subhan Allah memang lawa amat!!!

Aktiviti first day kami bila sampai aja di Pulau Aur ialah minum petang.
Bagus sangat la tu, dah tembam kita tembamkan lagi diri ini.

Selepas minum petang dan check in bilik, kita pergi hiking dulu! Resort kami namanya Blue Water Resort. Selain Blue Water Resort, ada lagi beberapa resort lain. Tapi nampak gayanya, resort-resort semuanya dah ditinggalkan tanpa penghuni. Yang tinggal hanyalah Sebukang Resort. Pulau Aur sebenarnya terkenal sebagai destinasi diving di kalangan rakyat Singapura. Dengar cerita, Sultan Johor pun sering singgah ke pulau ini untuk memancing ikan.

Hiking tak lama pun; dalam 30 minit dah sampai ke puncak batu yang ada signboard 'PULAU AUR'

Tapi huruf P dan huruf R nya tercabut, jadi tinggal ULAU AU jaaa...









Hari kedua di Pulau Aur, kami pergi snorkeling dari pagi sampaiiiiii la ke petang.
Abang Wan (guide kami dari Blue Water Resort) dan 2 adik-adik pulau (Iswan dan Haikal) bawak kami naik boat ke lebih daripada 5 spot snorkeling yang super duper best!!

Di sekeliling Pulau Aur ni, ada 3 lagi pulau-pulau yang berdekatan iaitu Pulau Lang, Pulau Dayang dan Pulau Pinang.






Cubaan untuk freedive yang kurang berjaya.
Nak tahan nafas lebih 10 saat pun kenotttt!
Lungs lagi rasa nak pecah adalahh hehe



Anak-anak pulau kat sini semua ramah semuanyaaa.
Sama jugak dengan penduduk-penduduk Pulau Aur ni.
Penduduk pulau dalam 180 orang sahaja kesemuanya, ada sekolah rendah dengan murid-murid berjumlah 15 orang. Kalau dah naik sekolah menengah memang mereka akan bersekolah ke darat di Mersing.

 Saya memang dah jatuh cinta dengan Pulau Aur ni!
Lawanya memang setanding dengan Maldives, pastu belum lagi di komersialkan seperti pulau-pulau lain ie Pulau Tioman, Pulau Redang atau Pulau Perhentian.

Malamnya kita BBQ dulu...
Seafood semua fresh-fresh, macam-macam ada. Udang, sotong, pelbagai jenis ikan dihidangkan dengan nasi goreng. Sedap nauu!
Rasa macam ada aku ni ada bakat nak jual ikan bakar kat pasar malam ja!





The next day, is time to go home.
Pagi tu kami dibawa berjalan-jalan round satu pulau dengan boat. Rupa-rupanya besar jugak Pulau Aur tu. It took us about an hour and a half untuk buat satu round pulau on a speedboat.

Sempat lagi tengok cita Munafik sambil makan lunch tengahari pada hari terakhir kami.

Masa nak balik tu memang sedih sangat-sangat nak tinggalkan adik-adik pulau tu.
Insya Allah kalau ada rezeki kami akan bertandang lagi ke Pulau Aur tu.
















2 comments:

  1. Good story..terima kasih coz sudi share cerita berkenaan pulau aur..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete