Tuesday, May 10, 2016

MRTT vs MLTT vs MRTA vs MLTA

MRTT vs MLTT vs MRTA vs MLTT
===========================

Setiap produk ada kelebihan & kelemahan masing2.

MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
MLTT - Mortgage Level Term Takaful
MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance ( Conventional )
MLTA - Mortgage Level Term Assurance (Conventional).

Mengikut Kewangan Islam kita di gesa pilih Takaful kerana harta-harta kita akan jadi darah daging kita / keluarga jugak suatu hari nanti.

Jadi di sini, perbandingan yang jelas adalah sama ada MRTT atau MLTT.

⚡KELEBIHAN MRTT

1. Bayar sekali sahaja
2. Caruman Lebih Murah
3. Ada perkongsian keuntungan selepas polisi tamat.
4. Boleh di masukkan kedalam pembiayaan rumah

⚡ KELEBIHAN MLTT

1. Boleh buat pilihan bayaran berkala samada bulanan,suku tahun,setengah tahun atau setahun.
2. Nilai perlindungan tidak berkurang seperti MRTT.
3. Boleh pindah milik ke hartanah2 lain.
4. Ada nilai simpanan. Boleh pakai untuk kegunaan peribadi/loan settlement.
5. Perlindungan Penuh ;
     - Kematian
     - Hilang Upaya
     - Sakit Kritikal
     - Simpanan
6. Boleh attach dengan perlindungan lain seperti Medical Card.
7. Boleh dijadikan sebagai pelepasan cukai.

🔥 KELEMAHAN MRTT

1. Hanya cover Kematian & Hilang Upaya sahaja.
2. Tidak boleh di pindah milik. 1 Property 1 polisi. Jika refinance rumah kena buat Polisi baru. Bergantung kepada umur & keadaan kesihatan.
3. Nilai perlindungan berkurang. Bergantung kepada nilai pinjaman.

🔥 KELEMAHAN MLTT

1. Lebih mahal kerana mempunyai nilai simpanan.
2. Perlukan komitmen sepanjang tempoh perlindungan.

***************************************
Tiada paksaan untuk orang memilih sama ada MRTT @ MLTT. Bank juga tidak ada kewajipan bagi peminjam loan property untuk Sign Up MRTT dengan mereka.


No comments:

Post a Comment