Sunday, May 22, 2016

Taman Botani Negara Shah Alam


Hari ni kami sekeluarga sempat ke Taman Botani Negara Shah Alam.
Sebenarnya saya sendiri dah pegi buat Skytrex tapi eventho Skytrex tu terletak di dalam Taman Botani tu sendiri, ada banyak lagi benda yang saya tak explore lagi. 
Pagi-pagi lagi kami sekeluarga dari Selayang bertolak pada pukul 8pagi.
Terus ke Hartinie Catering sebab craving makanan Kelantan yang melampau haha. Hartinie Catering ni di Seksyen 10 Shah Alam.

ADDRESS : No 20 Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, Shah Alam 

Lepas perut dah kenyang dengan nasi dagang dan satay dan roti canai, kami pun bergegas ke Taman Botani. Waktu operasi adalah seperti dibawah:

 
  • 8.30 pagi hingga 5 petang (Selasa - Ahad)
 * Taman akan ditutup pada hari Isinin kecuali cuti sekolah atau kelepasan awam
  • Rumah Iklim Sederhana Empat Musim : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
  • Kaunter Bayaran : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
  • Bas :
Selasa - Ahad : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Jumaat             : 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari
                          : 2.45 petang hingga 4.30 petang

Harga entrance masuk adalah RM3 untuk adults dan RM1 untuk kanak-kanak dan warga emas. Berbaloi habissss!!!

Kalau nak sewa basikal kat sini pun boleh, rent hanya RM10 untuk jam pertama dan RM1 untuk jam seterusnya. 

Boleh refer map Taman Botani seperti di bawah :



Kami directly naik bas ke Four Seasons Garden, harga bayaran untuk disini lain pula ya! Kena top up RM3 seorang untuk masuk ke sini. Sekarang tengah season musim spring, tulip2 di import dari Belgium khas untuk musim ni. Temperature dalam tu di regulate pada 17°C pada setiap masa. Sejuk nauuuu tapi best!!! Setiap 3 bulan dia akan tukar musim lain plak.



















































No comments:

Post a Comment