Monday, May 16, 2016

Trip Shopping Rombongan Cik Kiah ke Hat Yai

Kami bertolak dengan bas dari KL Sentral pada hari Jumaat pada pukul 11 malam macam tu. Lepas kerja ja balik rumah sat packing pastu terus shoot ke KL Sentral. Parking kat ofis member di NSTP Bangsar hehe. Memang semalaman tidur di atas bas, selesa gak. Nasib baik bawa selimut AirAsia dengan travel pillow. Krohhh kroh la jawabnya.

Sabtu 14 May 2016

Kami akhirnya sampai ke hotel kami yang terletak betul-betul di tengah bandar Hat Yai.
Yong Dee Hotel namanya. Hotel ni memang best sebab tempat shopping hanya setapak saja dari hotel. Rate pun murah, untuk bilik single hanya 700bhat dan untuk bilik double hanya 900bhat. 




Bibi dan Lin kena paksa berposing depan Hotel!
 
Seterusnya pada sebelah petang hari yang sama, kami dibawa ke Samila Beach di Songkhla. Samila Beach ni menghadap Laut Andaman. Turun-turun aja bas terus ada orang jual Coconut ice-cream gaya Sang Kaya pada harga 40bhat. Tapi rasanya takdela sesedap mana.. Ops!

Kat area pantai ni banyak juga peniaga yang menjual makanan, termasuklah somtam kaki ayam yang nampak mengiurkan tapi nampak gayanya ramai street vendor kat sini non muslim. Perkara shubhah eloklah di elakkan, makanya kami pun tak beli. Satu lagi yang famous di sini ialah telur ayam atau telur burung puyuh bakar!

Orang Malaysia kalau datang Samila Beach ni wajib ambil gambar dengan statue ikan duyung di tengah-tengah pantai tu. Abang Man dari Libur Libur Bajet Murah (pakej pilihan kami) siap buat banner untuk ambil gambar group beramai-ramai.




























Destinasi seterusnya kami ke Klonghae Floating Market, sempat singgah sejam sahaja sebab masa tu dah nak masuk maghrib dan rushing nak balik ke Hotel sebelum gelap. Memang bestttt! Kami tak sempat merasa semua makanan yang dijual sebab rushing.

Makanan semua murah-murah belaka dalam lingkungan 30bhat-50bhat. Akhirnya dapat juga kami cari somtam super pedas dan pulut ayam yang di idam-idamkan tu. Kami juga beli sotong bakar, fish soup (texture soup ni agak mengerikan) dan macam-macam lagi.
Sila lah terliuq bila tengok gambar di bawah ni ya... 

Sorry banyak gambar blur sebab dah start gelap masa ni. Lepas makan layan iced green tea pulak, memang terbaik!












Pada sebelah malamnya pulak, bila dah sampai ke hotel kami roam the streets untuk merasai night life di Hat Yai. Cewahhh!! Amboi banyaknya orang menjual macam-macam, kami memang rambang mata kat pasar malam tu.

Beg Karrimor kat sini hanya berharga 1500bhat, gulp!
Pastu ada pulak offer Buy 1 Free 1 New Balance shoes untuk 1000bhat (RM100). Kiranya sepasang kasut New Balance hanya berharga RM50.
Nasib badanla bawak duit bhat sikit, tak boleh nak shopping sangat pun. Huhu

Kami ada juga terjumpa akak jual udang galah goreng dalam 6 ekor 300bhat (RM30). Terliuq nauuu tengoknya tapi kami kira-kira balik macam mahal la pulak.

On the way balik ke hotel, tiba-tiba ada abang Tuk-tuk offer bawa kami ke Asean Night Bazar untuk 20bhat. Rupa-rupanya disinilah lubuk segala lubuk tempat shopping. Memang kalau nak buat bisnes dan beli secara borong memang disinilah tempatnya. Nasib baik saya bukan jenis kaki shopping, Bibi dan Lin dah lama kecundang dengan harga yang murah nauuu. T-shirt seluar semua under RM20, mana tak menggagau.
 































Ahad 15 May 2016

Pagi-pagi buta lagi pada pukul 8.30 kami sudah nekad untuk ambik tuk-tuk ke Plaza Market di Hat Yai tu. Seperti biasa, caj dikenakan sebanyak 20bhat untuk ke Plaza.
Plaza ni betul-betul mengingatkan saya kepada Pasar Siti Khadijah di Kelantan, setiap kedai kecik sahaja tetapi dipenuhi dengan stok-stok untuk dijual yang menggunung. 

Macam2 ada di sini, saya sempat rembat sehelai baju Hat Yai sebagai kenang-kenangan pada harga 100bhat (RM10). Kasut leather pun banyak dan murah-murah belaka, 250bhat pun boleh dapat untuk sepasang kasut kulit.

Bagi yang berminat untuk membeli ole-ole berbentuk makanan, ada banyak juga kedai yang menjual kerepek tradisi Thailand, pes-pes masakan, beras pulut hitam, beras nasi dagang dan sebagainya.

Plaza ini dibuka seawal pukul 8pagi. Di tingkat 3 ada disediakan warung-warung bagi yang berminat untuk breakfast atau lunch. Yang halal di satu sudut, yang non halal di satu sudut. Jangan tersalah sudut pulak tau! Saya memilih untuk makan mihun tomyam dan air teh o panas yang dikenakan caj 80bhat. Agak mahal di situ sebab mungkin makcik tu nampak kami ni macam tourist.

Lepas check out dari hotel pada pukul 12 tengahari, kami terus pulang ke tanah air tercinta.







No comments:

Post a Comment